Monday, October 10, 2011

bulan luna halo (lingkaran pada bulan)

assalamualaikum dan salam sejahtera..

sangat lawa bulan pada malam ini yang bertarikh pon sangat lawa 09 10 11.. kalau kawan-kawan perasan pada bulan itu ada kalimah Allah...subahanaAllah.. sangat lawa dengan keajaiban Allah yang ditunjukkan pada malam ini.. mula-mula aku pun tak berapa nak tahu tentang bulan, tapi semua orang cakap pasal bulan malam ini, so aku buat2 pelik dan bertanya. dan kawan aku send gambar ni dekat aku untuk bahan bukti apa yang terjadi pada bulan.

satu rumah aku menjadi sangat batak dan jakun siap turun dari rumah tuk tengok bulan dengan real. aku pun rajinkan diri untuk search dekat internet tentang bulan ni. aku baca beberapa fakta yang terdapat dalam internet tetapi aku tak berapa pasti la sama ada benar atau pun tidak. antara fakta yang aku terbaca :-

Kronologi pembuktian TSUNAMI NUSANTARA:
- hadirnya bulan berlingkaran (ada aura di keliling bulan)
- pada esok siangnya, akan berlaku mendung yang panjang (sehingga melebihi 1 hari penuh)
- pada keesokan siangnya, pasti berlaku kematian yang banyak (di Nusantara)
- semenanjung tanah Melayu terutamanya di Perak, Penang , Kedah (ketiga2 negeri ini bakal menghadapi tanah jerlus "di sesetengah daerah terpencil")
- air terjun akan mengalir dengan deras...!!!
- kerang pasti timbul di pantai2 peranginan selepas beberapa hari atau minggu
- kehadiran binatang2 asing seperti dugong, makhluk2 aneh laut (yang lain dari lain)

AMARAN:
- elakkan duduk bawah kipas siling
- elakkan mandi di air terjun dan kolam air panas
- elakkan mandi di tepi pantai
- elakkan berkunjung ke kawasan tanah mendap

Catatlah kronologi di atas,
dan hitung balik kerana perkara ini akan bermula seawal selepas matahari terbit keesokan harinya,
bila salah 1 perkara yang disebut di atas terjadi,
silalah highlightkan petikan kiriman ini,
kerana lazimnya sejarah yang sama pasti berulang tapi dengan kaedah lain tetapi dengan ciri2 yang sama...

wallahuallam..skadar pringatan utk anda dan sy sndri....

kita renungkanlah bersama-sama sebagai pengajaran kita...

No comments:

Post a Comment