Wednesday, June 8, 2011

persahabatan


kisah ini berlaku dalam hidup aku. Bagi aku sungguh pahit kerana aku dilanda satu masalah yang cukup besar dan berat dugaannya. Aku mengenali kau Cuma satu kebetulan yang tidak dirancang dan hanya menegur sapa di laman social facebook. Pada mulanya kau hanya komen gambar profile picture aku sahaja dan mengajar aku meng’edit gambar. Pada mulanya aku Cuma melayan kau biasa-biasa saja dan tidak mengharapkan hari-hari berikutnya aku berchating dengan kau. Pada mulanya aku lupa apa nama facebook kau. So aku pun tidak lah beriya sangat untuk mencari kau dan meneman aku di kala bosan. persahabatan aku dan kau tidak terhenti disitu. Hari dan demi hari macam aku ternanti-nanti akan kau muncul dan menyapa aku. Sangkaan aku tepat sekali. Sampai ke satu tahap, aku dilanda satu masalah yang sangat besar dalam hidup aku. Aku seperti serasi berkawan dengan kau. Dan untuk pengetahuan kau, aku suka berkawan dengan kau sangat.

Pergolakkan berlaku antara aku dan kekasih aku. Tetapi sedikit pon tidak ada kena mengena dengan diri kau. Cuma perhubungan aku dengan kau tidak serasi dan mungkin tidak serasi sekiranya aku meneruskan perhubungan dengan kau. Aku membuat keputusan untuk memutuskan perhubungan denagn kekasihku.

Di kala aku gembira kau ada bersama aku, di kala aku sedih menangis kau juga ada bersama aku, di kala aku susah hati kau membuat lawak dan membiarkan aku tersenyum dan ketawa. Dari pekenalan yang tidak dijangka aku dan kau menjadi kawan yang sungguh rapat. Dalam keadaan aku tidak tentu arah kau sentiasa ada bersama aku. mungkin aku tidak banyak kenangan dengan kau sebab kita baru sahaja berkawan. Kau melayan segala kerenah aku tidak kira walaupun kerenah aku seperti keanak-anakkan. Dan aku dapat merasakan kau melayan aku bukan hanya sekar kawan rapat. Dan kau menyatakan akulah kawan perempuan kau yang paling rapat buat masa sekarang ini. Aku rasa bersyukur atas apa yang kau nyatakan.

Untuk pengetahuan kau, aku selalu menyatakan yang aku suka melihat lesung pipit, dan kening kau. Dan kau pernah berkata kening dan lesung pipit itu kau akan berikan pada seseorang yang kau sayang dan kau akan berkongsi segala apa dengannya walaupun suka dan duku. Dan satu hari kau berkata pada aku, kau memberikan kening dan lesung pipit itu kepada aku sebab kau akan berkongsi segalanya suka dan duka bersama aku. Aku cukup rasa terharu dan aku menerimanya. Dalam pekenalan yang tidak dirancang antara aku dan kau ini mendatangkan satu perasaan yang cukup asing bagi aku dan kau juga mungkin ada merasakannya.

Dalam masa kita berkawan. Bekas kekasih aku muncul kembalik dan merayu agar aku memaafkannya dan menerimanya kembali. Pada masa itu aku tidak dapat membuat keputusan kerana aku tidak dapat berfikir dengn betul. Aku menceritakan pada kau, dan kau minta aku menerimanya kembali. Tetapi aku tidak mahu kehilangan kau sebab aku telah pun sayang kepada kau. Dan aku tidak pasti sayang sebagai apa sebab atas layanan yang kau beri pada aku. Aku tidak sanggup kehilangan kau kerana bila aku menerima kekasihku kembali kita mungkin tidak boleh berkawan serapat ini. Aku menagis. Kau tenangkan aku dan kau ada untuk beri semangat kepada aku. Aku bersyukur ada seorang kawan seperti kau.

Tetapi dalam masa yang sama aku telah membuat satu keputusan yang sangat bodoh dalam hidup aku yang aku tidak pernah buat sebelum ini. Aku sedih, aku menangis atas segala keputusan yang telah aku buat. Aku menerima kekasih aku kembali dalam hidup aku. Aku memberitahu kau, mungkin kau rasa sedih sebab aku dapat merasa apa yang kau rasa saat ini. Walaupun aku telah menerima kekasih aku kau sentiasa ada bersama aku. Beri kata semangat, bagi sokongan kepada aku. Dalam masa yang sama aku sedih sangat aku tidak mampu dan tidak bersedia kehilangan kau.

Aku tidak dapat meneruskan perhubungan aku dengan kekasih aku. Aku hanya bertahan Cuma satu hari saha. Ya Allah kuatkan semangat aku atas segala dugaan yang kau beri pada hambamu yang kerdil lagi hina ini. Aku tidak mampu menipu diri aku lagi untuk meneruskan hubungan denagn kekasih aku. Aku membuat keputusan untuk memutuskan persahabatan denagn bekas kekasihku. Dan aku meneruskan persahabatan denagn kau. Pada saat ini aku dapat merasakan yang kau cukup gembira. Walaupun aku tidak pernah melihat kau tersenyum secara langsung tetapi dari suara kau, kau cukup-cukup gembira.

Secara tidak langsung aku ke Putrajaya atas sebab kerja. Dan secara tidak langsung kau ingin bersua muka dengan aku yang tidak seberapa ini. Kami membuat temu janji dan kau mengambil aku di putrajaya walaupun masa itu kau masih dalam waktu kerja. Aku sungguh terkejut dan tidak menyagka dapat bersua muka. Mungkin sebelum ini aku hanya kami berkawan dia awangan sahaja. Tetapi Allah maha adil dia memberi aku satu peluang untuk berjumpa kau. Kami membuat keputusan untuk menonton wayang cerita “kungfu panda” tetapi tiket habis dan kami menonton cerita “karak”. Dalam masa yang sama, aku cukup terkejut kau menukar wallpaper hp kau gambar aku. Aku cukup teruja sangat kau berkelakuan begitu. Kadang kala aku tergelak macam kelakar sebab aku tidak pernah jumpa orang seperti kau.

Setiap masa kami sentiasa berpesanan ringkas (SMS) tidak kira kemana dan mengapa. Seperti sudah menjadi kebiasaan dan rutin aku berkawan dengan kau. Dengan alasan yang munasabah sebab tidak mahu merisaukan diri masing-masing. Bukan aku sahaja berkelakuan begitu, malah kau juga turut sama seperti apa yang aku lakukan. Pergi makan, keluar tidak kira lah mahu kemana walaupun hanya mahu ke kedai, setiap pagi mesti kami akan wish dan juga sebelum tidur. Itu adalah satu perkara wajib bagi persahabatan kami yang tidak dirancang dan di temukan oleh Allah.

Persahabatan aku denagn kau bukan terhenti selepas berjumpa. Kau terus berkawan dengan aku dan melayan segala kerenah aku denagn layanan bukan sebagai kawan biasa. Aku menerimanya denagn hati terbuka. Aku dpat rasakan layanan kau itu bukan sebagai kawan rapat walaupun kau menegaskan aku kawan rapat dan baik dengan kau. Aku terima sebab aku tidak mengharapkan apa-apa balasan dari kau mahupun sekecil zarah. Mungkin satu sahaja aku cukup selesa bila dengan kau sebab kau terlalu mengambil berat tentang diri aku dan cukup risau akan diri aku. Kau membuat satu temu janji untuk berjumpa aku untuk kali kedua. Dari putrajaya kau dating ke Kuala lumpur. Sungguh jauh. Aku bertanya “tak jauh ker” dia berkata “memang la jauh tapi xpa untuk orang yang dia sayang” aku sungguh terharu. Kami menonton wayang cerita “pirate” hari tu kau sungguh sweet aku pon tidak tahu kenapa. Aku suka sangat tengok kau. Ah cukup la. Dari situ satu cerita ke satu cerita kau bercerita kepada aku. “awak, kawan saya tanya yang ............................ 2 Gf baru ker?? Dan awak berkata “ bukan 2 teman tapi mesra jauh dimata dekat di hati kalau ada 2 insyaAllah la” aku ingat lagi 2 lah perkataan yang keluar dari mulut kau. Aku mampu tersenyum dan mampu berkata insyaAllah sahaja.

Dan hari-hari berikutnya aku dan dia seperti biasa macam hari-hari sebelum ni. Tiba-tiba baru-baru ini aku rasakan kau sudah lain. Apa salah aku dekat kau. Mungkin kau merasakan aku terlalu mengada-ngada ataupu kau sudah menyampah dengan aku. Pada malam itu kau menghantar pesanan ringkas (SMS) dekat aku. Pesanan ringkas 2 berbunyi lebih kurang macam ini “ awak saya harap awak faham, saya anggap awak kawan baik saya dan kawan paling rapat dengan saya, saya harap awak tidak aggap saya lebih dari itu, saya harap awak faham.” Aku rasa pelik sangat dan tiba-tiba aku menitiskan air mata. Tapi aku cuba untuk bertahan. Kau menegaskan aku akan sentiasa jadi kawan terbaik. Aku cuba berlagak seperti biasa dan menyembunyikan kesedihan yang aku rasa walaupun aku tidak mengharapkan apa-apa dari kau.

Pada keesokkan harinya aku menjalani hari seperti biasa walaupun aku rasa aku tidak mampu. Aku bersedih dan bersedih apa motif kau berkata begitu mesti ada sesuatu yang menghantui fikiran kau. Sebab aku percaya kau tidak akan cakap begitu. Kau tahu tak aku menagis, aku sedih, aku down. Tapi mana kau saat aku betul-betul perlukan kau dalam saat aku macam ini. Tapi aku kuatkan diri aku dan aku berfikir kau kawan baik aku dan aku tidak mengharapkan apa-apa dan aku rasa terkilan kenapa baru sekarang kau berkata begitu kenapa tidak masa mula-mula pekenalan. Itu menjadi tanda Tanya aku dan aku pasti akan mencari kebenarannya. Bertalu-talu kau meminta maaf kepada aku dank au berkata “aku yang member harapan dan aku yang musnahkan” aku terima apa yang kau berkata.

Tiba-tiba malam tadi aku mendapat pesanan ringkas dari kau “ awak lepas nie awak jangan hantar apa-apa dekat wall saya sebab saya mahu jaga orang yang saya sayang. Kau tahu tak aku rasa apa masa itu. Aku rasakan aku tidak berpijak dibumi nyata sangat. Bermacam-macam persoalan yang telintas difikiran aku. Aku sedih sangat. Tapi aku cuba terima dan terima dan aku mampu tersenyum selepas aku luahkan segala apa yang terbuku pada kawan aku. Aku membalas pesanan ringkas “boleh saya tau siapa, Gf awak ke? Lama aku tunggu kau membalas. Dan akhirnya penantian aku terjawab dank au membalas “bukan gf tapi ex gf yang pernah saya sayang sebelum ini dan saya perlu jaga hati dia, dia merayu-rayu. Masa aku baca mesej aku aku mcam sedih tetapi aku mampu tersenyum. Dalam hati aku hanya Allah sahaja yang tahu. Aku membalas “ awak terima dia dan lupakan persahabatan kita, awak delete semua gambar saya dan tukar wallpaper hp awk” sebab aku buat begitu, biarlah segala perasaan yang ada pada kau, kau lupakan. Aku cuba lagak seperti biasa dan mampu ketawa macam kelakar persahabatan kami. Kau memberitahu akulah kawan masa kau susah hati, kawan untuk buat lawak bodoh, kawan untuk meluahkan sesuatu, gurau-gurau.

Aku tidak membalas pesanan ringkas itu. Aku berdiam seketika. Selepas itu kau menelefon aku, kau cuba jelaskan apa yang terjadi. Dan macam-macam soalan aku bertanya. Dan persoalan yang terlintas aku ni terjawab. Ini hanya apa yang aku rasa, kau bersikap begitu sebab ex kau datang kembali dan mengugut untuk membunuh diri sekiranya kau tidak menerimanya. Aku Cuma mampu tergelak. Dan alasan kukuh kau tidak membenarkan aku menghantar di wall kau kerana kau mahu melindungi aku dari diserang dari siapa yang ingin bermusuh dengan aku. Aku cukup terharu sekali. Dan kau mampu berkata buat masa ini macam ini cara kau bergini tidak mahu menerima siapa-siapa dalam hidup kau biar tuhan tunjukkan jalan kau yang benar. Aku terima sahaja. Dan aku mampu berkata ok. Aku suruh kau membuang gambar-gambar aku yang kau simpan dan menukar wallpaper hp tetapi kau tidak mahu dan alas an yang kau berikan pada aku “ saya tetap akan simpan gambar awak dan akan letak wallpaper hp saya gambar awak sebab saya suka tengok gambar awak. Aduhai. Aku pon membiarkan saja la asalkan kau gembira. Dan tiba-tiba kau berkata “ nanti bila-bila jumpa saya pulangkan cincin awak ataupun awak nnak biarkan je 2 sebagai kenangan” aku Cuma terdiam sebab kalau kau mahu tahu cincin itu aku sayang dan tidak pernah ada siapa-siapa menyarungnya kecuali kau. Taka pa aku biarkan saja. Dan tiba-tiba kau berkata lagi “ saya xkan terima dia dan dia hanya kawan saya, kalau ada jodoh dengan dia insyaAllah dan tiba-tiba kau selitkan dan kalau ada jodoh denagn awak pun insyaAllah” kau tediam dan aku terdiam. Dan dalam masa yang sama aku jujur dengan kau dan berkata “aku tidak biasa” maksud aku, sebab sebelum ini apa sahaja aku akan berpesanan ringkas dengan kau walaupun hanya say “morning”. Aku cakap dekat kau aku xmampu dan aku tidak biasa. Dan kau pun begitu kau berkata “ celik mata je mesti mahu mesej aku dan say morning” dan kau kot yang buat keputusan kita seperti biasa dan macam sebelum ni. Boleh berSMS seperti biasa.

Cuma saat ini aku sentiasa menjadi kawan terbaik untuk kau sampai bila-bila tidak kira susah atau senang. Dan apa yang berlaku antara kau dan aku ini, aku hanya mampu berkata biarlah ikhlas apa yang kau lakukan. Aku tidak tahu apa yang kau katakan itu benar atau salah tapi hanya Allah sahaja yang tahu. Macam aku juga hanya Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasakan saat ini dan sewaktu aku berkawan denagn kau. Biarlah aku menipu diri aku atau kau menipu diri kau sekali pun tetapi allah tau. Macam kau kata “ tuhan akan tunjukkan yang terbaik untuk saya”. Dan sampai bila-bila kau akan jadi kawan baik aku yang terbaik dan aku cukup bersyukur di beri peluang untuk berkawan dengan walaupun ia satu persahabatan yang tidak dirancang. :) :)



No comments:

Post a Comment