TETAP BERHUBUNGAN SETIAP SAAT
Tidak terputus hubungan adalah kunci perhubungan
cinta
jarak jauh. Chatting, SMS atau e-mel secara teratur adalah salah satu
langkah terbaik yang dapat dilakukan bagi menyelamatkan hubungan.
LAKUKAN AKTIVITI KEGEMARAN
Jangan mensia-siakan hidup hanya kerana si dia berada jauh dari
pandangan. Lakukan aktiviti harian kamu seperti biasa. Jika dahulu kamu
tidak mempunyai masa, maka gunakanlah masa yang ada dengan sebaik
mungkin.
JANGAN BIARKAN PERSELISIHAN BERPANJANGAN
Jika berlaku perselisihan faham, selesaikan dengan segera, jangan
dibiarkan terlalu lama kerana takut menjadi semakin rumit dan jangan
sesekali mengabaikan mesejnya.
TUNJUKKAN PERHATIAN KAMU
Jangan jadikan jauh sebagai alasan! Tunjukkan kepadanya perhatian
yang telah kamu berikan. Kirimkan kepada si dia e card yang lucu, hangat
dan menyentuh perasaan.
REALITI
Jangan fikir
dunia
sudah berubah jika kamu bersatu kembali akhirnya. Ada banyak perkara
yang terjadi dan perlu di fahami semasa kamu terpisah. Mungkin keadaan
tidak lagi sama seperti dahulu. Oleh itu, luangkan masa bersama dan
berbincang dengan
baik tentang diri kamu semasa terpisah dahulu. Ia adalah cara terbaik untuk memahami kehidupan masing-masing.
BERDOA
Dan yang terakhir sekali adalah amat penting untuk anda berdoa kepada
Tuhan yang maha Esa dan pintalah padanya supaya hubungan anda dengan
dia berkekalan dan dipanjangkan
jodoh.
No comments:
Post a Comment