Sunday, March 25, 2012

sampai di sini sahaja

assalamualaikum..

hari ini hari ahad bersamaa 25 mac 2012.. lagi sebulan sahaja aku akan menamatkan zaman aku sebagai seorang pelajar dan masuk ke alam pekerjaan. Dalam temph 3 tahun ni macam2 dugaan aku dapat. Paling aku banyak menangung soal hati dan perasaan alaaa soal cinta.

sumpah aku cakap aku memang sayang kau lagi sampai sekarang walaupun macam2 kau buat dekat aku dan aku buat dekat kau. sejahat2 aku kau sorang aku sayang xpernah ada orang lain dalam hati aku. Sampai satu saat kesabaran aku tak mampu menangung da. Aku putuskan untuk berkawan sahaja dengan kau walaupun keputusan 2 berat sangat.

aku takut aku tak kuat, aku takut aku tak mampu tp alhamdulillah Allah sentiasa ada bersama aku. Aku mampu berdiri dengan kaki sendiri walaupun kau tiada dengan aku. Aku kuatkan diri walaupun kadang2 aku sedih, aku menangis.
Tapi ini lah keputusan aku yang sebaik2nya untuk aku belajar daripada kesilapan yang pernah aku lakukan untuk mengajar aku menjadi lebih dewasa. Aku harap kau pun kuat hadapi apa yang terjadi sekarang ni. Aku serahkan semua kepada illahi sebab Dia telah tetapkan segala jodoh kita...















sekuat mana kita setia,
sehebat mana kita merancang,
selama mana kita menunggu,
sekeras mana kita bersabar,
sejujur mana kita menerimanya,
jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya,
kita tidak akan bersama dengannya.

jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya,
kita tetapakan bersamanya.

kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmunya,
tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah di rancang,
dan sebaik-baik rancangan adalah dari Allah jua....

No comments:

Post a Comment