Friday, February 24, 2012

kahwin dan bertunang awal

assalamualaikum dan selamat malam.

rasanya dah lama tak update blog ni. masa tidak mengizinkan dan line internet yang agak kelembabpan. sekarang umur aku dah menjangkau 21 tahun. wow pejam celik da dewasa aku ni dan layak untuk menjalinkan hubunggan yang cukup-cukup serius.

bagi aku 21 tahun darah manis lagi so untuk terlalu awal aku nak bertunang ataupun kahwin muda dan menjadi ibu muda ( hot mama ). kadang kada ada terfikir nak dapat pakai baju pengantin, nak dapat anak cepat-cepat, nak dukung anak cepat-cepat. hmmmm 2 salah satu faktor la untuk aku teringin sangat-sangat nak ada hubungan yang serius.

aku xnak bertunang dan kahwin muda sebab............ time sekarang ni lah kita boleh keluar dengan kawan-kawan lagi, pergi tengok bola, pergi lepak-lepak minum dengan kawan-kawan ( lain jantina, mahupun sama jantina ) tanpa halangan sesiapa. kalau dah bertunang kena lah mintak kebenaran tunang, kalau tunang tak bagi tak ke rasa macam nak lempang je muka tunang tu. tak pun tunang tu menyebok nak join sekaki time lepak or hang out dengan kawan-kawan? tak ke rasa boring dan menyampah. bek kau keluar dengan tunang kau je.

kalau kahwin muda pulak.... pas kahwin komperm2 la akan dapat anak dan menjadi ibu muda. memang best dapat anak sendiri tapi korang fikir ke yang korang ni masih jiwa muda?? takkan lah nak keluar hangkut anak sekali kot, contohnya pergi karoke tak ke kesian budak tu lama-lama bole LOHE kang. hahah. kalau nak keluar hang out lepak-lepak dengan kawan-kawan takkan lah nak bawak anak dengan laki sekali? susah....

memang orang yang dah kahwin muda semua kata seronok. ada orang jaga, boleh jaga suami, boleh jage anak dan macam-macam lagi yang seronok-seronok....

buat masa terdekat ini aku takkan ada ikatan yang serius dengan sesiapa pun. aku akan habiskan zaman dewasa dengan sehabis mungkin. dan sekiranya jodoh telah sampai aku aka laksankannya. bila da smapai masanya dan hilang segala zaman untuk berseronok-seronok dan jodoh telah sampai insyaAllah aku akan mendirikan rumah tangga.

Tuesday, February 14, 2012

hanya beserah

semua aku serah pada yang Maha Esa... aku terima segala ketentuanNya... aku redha segala pemberianNya...
aku hargai pinjamanNya...

sekian terima kasih......

Sunday, February 12, 2012

semua dugaan dariNYA

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

assalamuailaikum...

hmmm hari ini dari petang tadi cuaca agak mendung sampai lah ke malam ni. sejuk je rasa. sama la macam hati aku yang agak sebak sekarang ini. nak kata ini masalah aku bukan jugak. cuma aku simpati pada yang mengalami menda ini. 

mungkin ini satu ujian daripada Allah supaya kita lebih kuat dan lebih mendekati Allah dari sebelum ini. kejadian ini berlaku pada keluarga aku sendiri, family kawan aku dan kawan aku sendiri. kenapa lelaki tidak pernah nak hargai perempuan? yang aku maksudkan bukan semua lelaki. aku cukup sedih apa yang di hadapi mama aku. mungkin dekat situ aku boleh belajar untuk menjadi lebih kuat supaya mama aku dapat menceriakan mama aku dikala sedih.

sal family aku pulak, kesian aku tengok apa yang terjadi dekat family dia. yang menjadi mangsa anak2. kenapalah xreti2 nak berfikir ek. minta maaf la ye. dah tua2 2 bawak2 lah bertaubat just fikir nak mati je, kumpul amal jariah banyak2 tak payah da nak fikir keseronokkan dunia.

yang ni pula kawan baik aku sendiri yang terkena. aku ingatkan bf dia 2 baik lah sangat sebab masa aku down bf dia yang bagi semangat dekat aku supaya aku bangun. tapi rupa-rupanya sekarang dah pandai buat hal. apa nak jadi la. terang-terang gf ko 2 komain lawa kau boleh main dengan perempuan lain. apa lagi yang kau nak. aku tahu kau banyak duet segala-galanya kau boleh beli. tapi kau tak patut buat perempuan macam 2.

sebelum memilih pasangan biarlah dia mengenali Allah dan ia sentiasa mendekati Allah. supaya hubungan dapat diredhai Allah.......

Thursday, February 9, 2012

rojak

assalamualaikum dan salam sejahtera...

ok hari ini hari khamis bersamaan minggu ke 7 kuliah aku.. waaaa.. ok sekarang ni aku dekat library Raja Tun Shah Alam nak berbincang untuk subject design.. perhh killerrrrrr subject ma.. ok situasi aku sekarang mara pon ada, jeles pon ade terkilan pon ada.. macam-macam aku rasa sekarang.

da lah sejuk tahap dewa aku dalam library ni. memang aku xboleh belaja kat oversea la gamaknya. sampai ke tulang rusuk da sejuk melanda diri ni nek kebas da jari jemari aku. wahhhhhhh mak tolong..


gambar yang takde kene mengena.. hahah sedapnyaa kalau pekena rojak time2 gini...