Thursday, June 23, 2011
Wednesday, June 22, 2011
bahagiakan??
mungkin juga awak sedang bergurau senda sedang saya merintih..

dengan saya awak tak pernah rasa bahagia seberginikan?? dengan saya asik bergaduh saja tetapi dengan dia?? awak gembira. jelas sangat segala ayat awak, awak gembira bersamanya. bergurau senda walaupun saya tidak sukakannya tetapi tak apalah itu adalah kehendak awak. tapi tidak apa mungkin itu satu takdir bertemu kembali setelah sekian lama menyepikan diri akibat dari saya juga. walaupun hati saya sakit tapi saya kuatkan juga. semoga awak berbahagia bersamanya.......
hati sengsara sedih dan kecewa
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau.
3. Belajar Rajin Bersyukur.
4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…
6. Ubah Fikiran
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.
7. Hati Mesti ‘Keras’.

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
so sila-silalah mencuba...selamat mencuba..
Friday, June 17, 2011
like lagi

mula-mula / 1st step like page nie...
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.209967535706098.47011.208825315820320&saved#!/pages/Raudhah-Shawl-Store/208825315820320
pas 2 / 2nd step like pic saya yerr..
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.209967535706098.47011.208825315820320&saved#!/photo.php?fbid=210105305692321&set=a.209967535706098.47011.208825315820320&type=1&theater
terima kasih yer..
likee...
assalamualikaum..... kepada readersss yang membaca blog aku yang ntah papae nie.. ha korang semua mesti ada fezzbuukk kan??? apa kata korang semua merajinkan diri korang untuk mengelike pic aku ngn kawan aku nie.. aku masuk satu contest BFF alaaa saje gedik2 jer just suka-suka sebab da xder keje da nk buat.. so aku pon masuk la...

mula-mula/ 1st step :
like page nie dulu www.facebook.com/lola.anna69
selepas itu/2nd step :
like pic aku n mbe aku dekat link nie http://www.facebook.com/photo.
terima kasih yerr kepada yang sudah like..
Thursday, June 16, 2011
nak cakap i love u pon susah ker???
berapa ramai dari kita yang pernah putus cinta? aku percaya, dalam sepuluh orang, sembilan darinya pernah putus cinta.. ye dok? heppp.. baik mengaku sekarang..
aku nak tanya sikit ni. masa zaman-zaman korang bercinta, pernah tak korang bilang pada diri sendiri begini:
dia cintaku yang terakhir. aku akan cintakan dia sampai bila-bila, biarpun aku dan dia tidak ditakdirkan bersama..
pehhh ! hindustan habis ! bajet cinta suci la kan?
kemudian ditakdirkan kau bukan lah pemilik tulang rusuk kirinya sepertimana yang tertulis di dalam rencana dan kalam masa depan yang engkau angankan selama ini. kau kecewa. kau merana. kau bawa hati yang luka. lalu kau berjanji pada diri bahawa kau akan pelihara cinta dan kasih sayang engkau hanya untuk dia. kau mahu tutup pintu hati engkau. sungguh-sungguh kau mahu kunci pintu hati engkau biar tidak dapat dimasuki sesiapa pun.

kau rasa, kau bahagia kalau kau buat begitu?
cuba lihat pula hidup lelaki yang buat hati engkau sengsara, apa kisahnya? hidupnya baik-baik saja. dilingkungi teman-teman keliling sedang engkau mengisolasikan diri, makan entah ke mana, kerjaya juga kau abai begitu sahaja. hidup engkau sudah tidak serupa hidup. kau penjarakan hati dan jiwa engkau demi lelaki yang tidak mampu beri engkau bahagia walau untuk secebis pun.
seandainya ada antara kamu orang yang sebegini rapuh, tolonglah bangkit kembali dan jadi kuat demi untuk bahagia kamu sendiri. bahagia itu kita yang corakkan. bebaskan diri dari belenggu cinta yang sia-sia. tuhan tidak akan pernah berkata tidak kepada setiap permintaan kita. semua akan diperkenankan. cuma lambat atau cepat sahaja yang membezakannya.
aku mengaku, dahulu aku pernah serapuh itu. tapi kamon lah ! sebenarnya pada permulaan fasa kecewa sahaja kita jadi manusia yang serapuh-rapuh manusia. tapi, seiring dengan masa yang berlari, kau akan pulih. kau akan jadi perempuan yang lebih kuat. dengan syarat, kau jangan jadi perempuan bodoh. kau mesti bina kekuatan untuk bergerak ke hadapan. kau mesti kena ada usaha untuk melupakan. jangan terus membelenggu diri engkau dengan cinta yang bajet-bajet suci, setia membuta tuli. cuba kau amat amati semula... apa berbaloi meletakkan setia kepada lelaki yang tidak cintakan kita?
tahu tidak apa penawar yang paling unggul?
penawar yang paling unggul itu adalah doa..
engkau akan kecapi manisnya nanti selepas pahitakan tiba bahagia selepas air mata
pada suatu waktu yang benar-benar tepat, di suatu tempat yang benar-benar indah, tuhan akan hadirkan seseorang untuk melengkapi hidup engkau, mampu membuatkan engkau bahagia dan merasa terwujudkan. bonda pernah bilang, cintailah dia yang lebih menyintai engkau, yang lebih dalam cintanya berbanding cinta engkau terhadap dirinya. setelah itu nanti kau akan merasa lebih bahagia.
aku akui kata-kata bonda. bonda benar..
:)
jangan layankan sangat merana dan lara hati itu lama-lama. bila hadir saja insan yang mampu membahagiakan engkau, hargai lah dia, bersyukur dengan segala kurnianNya.
jangan teringatkan sangat akan cerita semalam yang telah jadi sejarah, jangan pula terlalu obses menilik masa hadapan yang kita sendiri tidak pasti akan terang-kelamnya, malah berbahagialah dengan hari ini yang telah tuhan kurniakan untuk kita.
kenapa???
nie apa yang aku rasakan saat nie.. aku xtau kenapa tiba-tiba aju rasa macam nie.. apa salah aku?? ape dosa aku?? aku betul-betul tak faham kenapa kaitkan aku?? aku baru jer rasa ok dalam sehari dua nie tapi kenapa perasaan sedih 2 suka sangat datang dekat aku.. kenapa perasaan sedih 2 suka bersama aku.. aku tak nak sedih 2.. pergi lah main jauh-jauh.. da lama aku asik rasa sedihh je.. baru jer bahagia datang singgah sedih dah kembali datang..terima kasih sebab ko buat aku sedih sangat hari ni.. dan aku suka sangat ayat dalam blog ko 2 """so cm x dhrgai laa sgt""" terima kasih lagi sekali untuk ayat 2.. aku betul2 terasa dengan ayat ko 2.. ko kate ko akan wat aku happy jer tapi hari ni ko da berjaya buat aku menangis lagi macam mana ko buat aku menangis dulu.. terima kasih..
Wednesday, June 15, 2011
terima kasih hilmi hadi
xderrr keje




terima kasih

nie SOFIA kawan kepada ARDILA n roomet aku sem depan gak..
nie HILMI HADI banyak sangat dengar aku menangis n dengar aku merepek2 dari dulu sampai sekarang. walaupun die nie ex aku tapi die still kawan ngn aku sampai sekarang.. sayang die la..
nie IRA n bf die KHAI.. thnxx kat korang sebab sembur aku kaw2 la.. korang sembur 2 memberi kesan kat aku yang dalam giler la..sebab korang gak aku bejayee wat keputusan yang betul tok diri aku..thnxxx sgt..
akhir sekali yang comell nie akak angkat aku yang aku syg laaa... KAK DAYAH thanxx akak, akak banyak tolong bg nasihat kat anis dari dulu mase arwah meninggal lagi sampai sekarang. xbenti2 akak bagi nasihat..: )
When a GIRL is quiet,Millions of things are running in her mind
When a GIRL is not arguing,
She is thinking deeply
When a GIRL looks at u with eyes full of
questions,
She is wondering how long you will be
around
When a GIRL answers "i'm fine" after a
few seconds,
She is not at all fine
When a GIRL stares at you,
She is wondering why you are lying
When a GIRL lays on your chest,
She is wishing for you to be hers forever
When a GIRL calls you everyday,
She is seeking for your attention
When a GIRL sms's u everyday,
She wants you to reply at least once
When a GIRL says I love you,
She means it
When a GIRL says that she can't live
without you,
She has made up her mind that you are
her future
When a GIRL says "i miss you",
No one in this world can miss you more
than that.
copy dari blog mizie.. sorie mizie pinjam jap ek ayat2 diatas nie..jangan mara..
Tuesday, June 14, 2011
berubah
entry nie tentang aku kehilangan seseorang yang pernah aku rapat. sangat-sangat rapat. berkongsi masalah, selalu ada time aku dalam sedih, suka, duka dan macam-macam lagi. jodoh aku berkawan dengan dia mungkin Allah tetapkan sampai sini jer. Allah pinjamkan dia kejap jer buat aku dalam kekusutan. so dia dah pergi dalam hidup aku pun. aku xtau die akan pergi terus dari idop aku o die akan datang balik pada aku tok jadi kawan rapat aku semula. aku harap dia akan terus jadi kawan terbaik aku sampai bila-bila..........
aku tidak tahu apa motif sebenar kau rapat dengan aku,,
baik dengan aku,,
selalu bagi semangat dekat aku,,
bagi kekuatan dekat aku,,
untuk teruskan hidup aku,,
harapan kau berikan terlalu tinggi bagi aku,,
tinggi dan tinggi buat aku,,
tapi itu semua hanya sandiwara bagiku,,
kau datang dan pergi dalam hiidupku,,
tanpa alasan yang kukuh buatku,,
kenapa bergitu jadi pada aku,,
pagi ini
pagi ini aku rasa berat sangat untuk bangun dari tilam aku yang xberapa nak empuk 2. malas sangat. dalam hati wahai jam locengku kenapalah cepat sangat kau berbunyii. aku membuka mate kanan dan seterusnya mata kiri step by step..hahahah.. perkara pertama aku akan tengok hp aku la..1st sekali BB pinjam adek aku punye.. ade msej malam tadi y say gudnite.. ooo xsempat baca malam tadi rupanya aku sempat hanyut dulu.. selepas 2 my sweet purple hp aku yang comeii loteh nie.. ade 1 mesej jugak dari dia yang say " selamat malam" .. ok abaikan semua pasal hp2 aku..
lepas aku baca2 msej aku pon mandi2 n solat.. sejukkkkk pagi nie.. pas 2 pilih2 baju apa mau pakai untuk hari nie.. tadaaa jumpa da baju.. aku siap2 solek2kan diri lebih kurang supaya xnmpak pucat.. siap solek2 aku pon mengayakan tudung tok hari nie.. hari nie aku mcam terOVER lak sebab aku xnk org tau aku tengah dalam masalah.. ok beyehhh da..
ok nie aku pagi nie...sesudah menyiapkan diri...sebab xpandang cemree tiba-tiba mak aku panggil lak..hehehehhe..
nie katak kecik aku. walaupun dia xsecomel katak buncet akan tetapi aku syg dia sangat. die pon selalu menjadi mangsa cekekkan adek kecik aku yang sangat nakal.bantal bucuk???? aiyooo xkan nak uplod picture gak.. heheheh.. maluu.. kepada yang da tahu senyap2 jer.. 2 la rutin harian aku sebelum meninggalkan rumah.. dan hari ini aku happy seperti biasa ... :)
Monday, June 13, 2011
berpura-pura gembira
hari ni hari isnin bersaam 13 - jun -2011 tinggal beberapa hari je lagi aku akan masuk sem baru. sem depan aku sem 5. yuhuuuu tinggal lagi 2 sem je bersamaan setaun lagi aku belajar. lamaaa 2.
entry aku hari ni bukan berkenaan belajar k. sajaa jer aku mau selitkan sikit-sikit..huhu tepoyoo lak aku nie.
hari ini aku menjalani hari seperti biasa sebagai seorang pekerja tapi...haa hari ini terjadi satu kejadian. aku bangun pagi td jam 4 pagi. uish awalnye la aku bangun pagi ni. da alang-alang terbangun aku pun merajin diri menghadap illahi di pagi buta nie. dan berniat untuk menganti puasa. ok siap da satu cerita apa yang berlaku pagi tadi.
2 lah satu keputusan yang aku buat walaupun aku rasa sedih dan aku menangis. xpelah buat masa nie aku korbankan diri aku tok kebehagiaan orang lain. mana tau lepas nie adaa orang korbankan dieri die untuk aku pulak. so hari ini aku berpura-pura untuk gembira walaupun hati aku sedih. "uish hanis kau kene kuatla"...
Saturday, June 11, 2011
Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Friday, June 10, 2011
MARYAM WAFDA mengetag aku lerrr...
ari nie ari jumaat penghulu segale ari. hahah pagi nie mendoong jer macam mood aku yang sayup-sayup sedih konon..huhuhu.. macam putus cintee jer. tapi memang tak putus cinte pon sebab aku sekarang nie single mingle. sapa mau ngorat sila angkat kaki dan amek borang di kaunter. hkih3 (gelak-gelak kucing) stop merepek anis. oh, actually lah kan,aku sebenarnya excited sebab kene tag dgn my BFF nie. aku rase die mimpi jatuh katil kot malam tadi 2 yang die tag aku. hahaha. sebenarnya aku di tag oleh YAM @ YOK aku tau sebenarnya ko rinduuu kat aku sebab xderr geng nak mengumpatkan. hahahha.....
aku membacaaa dan membaca. sebenarnnya aku xpaham pon natang nie. hahahah. 2 la orang nk ade blog aku pon nak gak so pandaii2 la cari sendiri. heheh.. tapi sekarang aku da pandai sikit2. aku akan jawab soalan ko dengan jujur dan iklas dari ati aku yang tulus ni. sebab aku ngn ko xderr rahsie pape ponn...luar dalam sal aku sume ko tau soo aku mau jujur nie...
selamat menjawab tok aku ...... :)
jeng...jeng...jeng...cakkkk...
1.NIESA
2.NADIA
3.HILMI
4.ATIN
5.ARDILA
ORANG NO.1 TUH SIAPA
NO.3 ADA HUBUNGAN DENGAN SIAPA
NO.2 PULAK BAGAIMANA
NIESA - seorang yang kuat tidur dan aku serabut bila tengok die studyyy..
NADIA - sama usia dengan aku baru 20 tahun. tengok luaran macam sombong tapi bila da kenal sangat baik. heheh
HILMI - seorang yang kuat semangat dan kental la sanggup harungi macam-macam dugaan.
ATIN- aku xtau la, sebab aku xrapat dengan die tapi yang aku tau die housemeettt aku sem lepas dan sem akan dtang nie..
ARDILA - wahhh. yang macam panjang sikit jer. kawan baik aku sangat BFF la senang cite baru putus cinta tapi kental sangat dan selalu bagi semangat kat aku bile aku down giler2. luv u la yang.
haaaa 2 larh saja ek YAM aku da penat menaip pagi2 bute nie. harap ko sukerr ler ape yang aku jawab nie ek. heheh ape lagi kawan-kawanku yang terkena tag sila-silakan la menjawab ek. dan rajen-rajenkan jari jemari untuk menaip. aku memilih korang secare rawak jer xder ade kaitan antara yang masih idop dan meninggal dunie. hahahah
THANKS FOR READING THIS
Wednesday, June 8, 2011
persahabatan

kisah ini berlaku dalam hidup aku. Bagi aku sungguh pahit kerana aku dilanda satu masalah yang cukup besar dan berat dugaannya. Aku mengenali kau Cuma satu kebetulan yang tidak dirancang dan hanya menegur sapa di laman social facebook. Pada mulanya kau hanya komen gambar profile picture aku sahaja dan mengajar aku meng’edit gambar. Pada mulanya aku Cuma melayan kau biasa-biasa saja dan tidak mengharapkan hari-hari berikutnya aku berchating dengan kau. Pada mulanya aku lupa apa nama facebook kau. So aku pun tidak lah beriya sangat untuk mencari kau dan meneman aku di kala bosan. persahabatan aku dan kau tidak terhenti disitu. Hari dan demi hari macam aku ternanti-nanti akan kau muncul dan menyapa aku. Sangkaan aku tepat sekali. Sampai ke satu tahap, aku dilanda satu masalah yang sangat besar dalam hidup aku. Aku seperti serasi berkawan dengan kau. Dan untuk pengetahuan kau, aku suka berkawan dengan kau sangat.
Pergolakkan berlaku antara aku dan kekasih aku. Tetapi sedikit pon tidak ada kena mengena dengan diri kau. Cuma perhubungan aku dengan kau tidak serasi dan mungkin tidak serasi sekiranya aku meneruskan perhubungan dengan kau. Aku membuat keputusan untuk memutuskan perhubungan denagn kekasihku.
Di kala aku gembira kau ada bersama aku, di kala aku sedih menangis kau juga ada bersama aku, di kala aku susah hati kau membuat lawak dan membiarkan aku tersenyum dan ketawa. Dari pekenalan yang tidak dijangka aku dan kau menjadi kawan yang sungguh rapat. Dalam keadaan aku tidak tentu arah kau sentiasa ada bersama aku. mungkin aku tidak banyak kenangan dengan kau sebab kita baru sahaja berkawan. Kau melayan segala kerenah aku tidak kira walaupun kerenah aku seperti keanak-anakkan. Dan aku dapat merasakan kau melayan aku bukan hanya sekar kawan rapat. Dan kau menyatakan akulah kawan perempuan kau yang paling rapat buat masa sekarang ini. Aku rasa bersyukur atas apa yang kau nyatakan.
Untuk pengetahuan kau, aku selalu menyatakan yang aku suka melihat lesung pipit, dan kening kau. Dan kau pernah berkata kening dan lesung pipit itu kau akan berikan pada seseorang yang kau sayang dan kau akan berkongsi segala apa dengannya walaupun suka dan duku. Dan satu hari kau berkata pada aku, kau memberikan kening dan lesung pipit itu kepada aku sebab kau akan berkongsi segalanya suka dan duka bersama aku. Aku cukup rasa terharu dan aku menerimanya. Dalam pekenalan yang tidak dirancang antara aku dan kau ini mendatangkan satu perasaan yang cukup asing bagi aku dan kau juga mungkin ada merasakannya.
Dalam masa kita berkawan. Bekas kekasih aku muncul kembalik dan merayu agar aku memaafkannya dan menerimanya kembali. Pada masa itu aku tidak dapat membuat keputusan kerana aku tidak dapat berfikir dengn betul. Aku menceritakan pada kau, dan kau minta aku menerimanya kembali. Tetapi aku tidak mahu kehilangan kau sebab aku telah pun sayang kepada kau. Dan aku tidak pasti sayang sebagai apa sebab atas layanan yang kau beri pada aku. Aku tidak sanggup kehilangan kau kerana bila aku menerima kekasihku kembali kita mungkin tidak boleh berkawan serapat ini. Aku menagis. Kau tenangkan aku dan kau ada untuk beri semangat kepada aku. Aku bersyukur ada seorang kawan seperti kau.
Tetapi dalam masa yang sama aku telah membuat satu keputusan yang sangat bodoh dalam hidup aku yang aku tidak pernah buat sebelum ini. Aku sedih, aku menangis atas segala keputusan yang telah aku buat. Aku menerima kekasih aku kembali dalam hidup aku. Aku memberitahu kau, mungkin kau rasa sedih sebab aku dapat merasa apa yang kau rasa saat ini. Walaupun aku telah menerima kekasih aku kau sentiasa ada bersama aku. Beri kata semangat, bagi sokongan kepada aku. Dalam masa yang sama aku sedih sangat aku tidak mampu dan tidak bersedia kehilangan kau.
Aku tidak dapat meneruskan perhubungan aku dengan kekasih aku. Aku hanya bertahan Cuma satu hari saha. Ya Allah kuatkan semangat aku atas segala dugaan yang kau beri pada hambamu yang kerdil lagi hina ini. Aku tidak mampu menipu diri aku lagi untuk meneruskan hubungan denagn kekasih aku. Aku membuat keputusan untuk memutuskan persahabatan denagn bekas kekasihku. Dan aku meneruskan persahabatan denagn kau. Pada saat ini aku dapat merasakan yang kau cukup gembira. Walaupun aku tidak pernah melihat kau tersenyum secara langsung tetapi dari suara kau, kau cukup-cukup gembira.
Secara tidak langsung aku ke Putrajaya atas sebab kerja. Dan secara tidak langsung kau ingin bersua muka dengan aku yang tidak seberapa ini. Kami membuat temu janji dan kau mengambil aku di putrajaya walaupun masa itu kau masih dalam waktu kerja. Aku sungguh terkejut dan tidak menyagka dapat bersua muka. Mungkin sebelum ini aku hanya kami berkawan dia awangan sahaja. Tetapi Allah maha adil dia memberi aku satu peluang untuk berjumpa kau. Kami membuat keputusan untuk menonton wayang cerita “kungfu panda” tetapi tiket habis dan kami menonton cerita “karak”. Dalam masa yang sama, aku cukup terkejut kau menukar wallpaper hp kau gambar aku. Aku cukup teruja sangat kau berkelakuan begitu. Kadang kala aku tergelak macam kelakar sebab aku tidak pernah jumpa orang seperti kau.
Setiap masa kami sentiasa berpesanan ringkas (SMS) tidak kira kemana dan mengapa. Seperti sudah menjadi kebiasaan dan rutin aku berkawan dengan kau. Dengan alasan yang munasabah sebab tidak mahu merisaukan diri masing-masing. Bukan aku sahaja berkelakuan begitu, malah kau juga turut sama seperti apa yang aku lakukan. Pergi makan, keluar tidak kira lah mahu kemana walaupun hanya mahu ke kedai, setiap pagi mesti kami akan wish dan juga sebelum tidur. Itu adalah satu perkara wajib bagi persahabatan kami yang tidak dirancang dan di temukan oleh Allah.
Persahabatan aku denagn kau bukan terhenti selepas berjumpa. Kau terus berkawan dengan aku dan melayan segala kerenah aku denagn layanan bukan sebagai kawan biasa. Aku menerimanya denagn hati terbuka. Aku dpat rasakan layanan kau itu bukan sebagai kawan rapat walaupun kau menegaskan aku kawan rapat dan baik dengan kau. Aku terima sebab aku tidak mengharapkan apa-apa balasan dari kau mahupun sekecil zarah. Mungkin satu sahaja aku cukup selesa bila dengan kau sebab kau terlalu mengambil berat tentang diri aku dan cukup risau akan diri aku. Kau membuat satu temu janji untuk berjumpa aku untuk kali kedua. Dari putrajaya kau dating ke Kuala lumpur. Sungguh jauh. Aku bertanya “tak jauh ker” dia berkata “memang la jauh tapi xpa untuk orang yang dia sayang” aku sungguh terharu. Kami menonton wayang cerita “pirate” hari tu kau sungguh sweet aku pon tidak tahu kenapa. Aku suka sangat tengok kau. Ah cukup la. Dari situ satu cerita ke satu cerita kau bercerita kepada aku. “awak, kawan saya tanya yang ............................ 2 Gf baru ker?? Dan awak berkata “ bukan 2 teman tapi mesra jauh dimata dekat di hati kalau ada 2 insyaAllah la” aku ingat lagi 2 lah perkataan yang keluar dari mulut kau. Aku mampu tersenyum dan mampu berkata insyaAllah sahaja.
Dan hari-hari berikutnya aku dan dia seperti biasa macam hari-hari sebelum ni. Tiba-tiba baru-baru ini aku rasakan kau sudah lain. Apa salah aku dekat kau. Mungkin kau merasakan aku terlalu mengada-ngada ataupu kau sudah menyampah dengan aku. Pada malam itu kau menghantar pesanan ringkas (SMS) dekat aku. Pesanan ringkas 2 berbunyi lebih kurang macam ini “ awak saya harap awak faham, saya anggap awak kawan baik saya dan kawan paling rapat dengan saya, saya harap awak tidak aggap saya lebih dari itu, saya harap awak faham.” Aku rasa pelik sangat dan tiba-tiba aku menitiskan air mata. Tapi aku cuba untuk bertahan. Kau menegaskan aku akan sentiasa jadi kawan terbaik. Aku cuba berlagak seperti biasa dan menyembunyikan kesedihan yang aku rasa walaupun aku tidak mengharapkan apa-apa dari kau.
Pada keesokkan harinya aku menjalani hari seperti biasa walaupun aku rasa aku tidak mampu. Aku bersedih dan bersedih apa motif kau berkata begitu mesti ada sesuatu yang menghantui fikiran kau. Sebab aku percaya kau tidak akan cakap begitu. Kau tahu tak aku menagis, aku sedih, aku down. Tapi mana kau saat aku betul-betul perlukan kau dalam saat aku macam ini. Tapi aku kuatkan diri aku dan aku berfikir kau kawan baik aku dan aku tidak mengharapkan apa-apa dan aku rasa terkilan kenapa baru sekarang kau berkata begitu kenapa tidak masa mula-mula pekenalan. Itu menjadi tanda Tanya aku dan aku pasti akan mencari kebenarannya. Bertalu-talu kau meminta maaf kepada aku dank au berkata “aku yang member harapan dan aku yang musnahkan” aku terima apa yang kau berkata.
Tiba-tiba malam tadi aku mendapat pesanan ringkas dari kau “ awak lepas nie awak jangan hantar apa-apa dekat wall saya sebab saya mahu jaga orang yang saya sayang. Kau tahu tak aku rasa apa masa itu. Aku rasakan aku tidak berpijak dibumi nyata sangat. Bermacam-macam persoalan yang telintas difikiran aku. Aku sedih sangat. Tapi aku cuba terima dan terima dan aku mampu tersenyum selepas aku luahkan segala apa yang terbuku pada kawan aku. Aku membalas pesanan ringkas “boleh saya tau siapa, Gf awak ke? Lama aku tunggu kau membalas. Dan akhirnya penantian aku terjawab dank au membalas “bukan gf tapi ex gf yang pernah saya sayang sebelum ini dan saya perlu jaga hati dia, dia merayu-rayu. Masa aku baca mesej aku aku mcam sedih tetapi aku mampu tersenyum. Dalam hati aku hanya Allah sahaja yang tahu. Aku membalas “ awak terima dia dan lupakan persahabatan kita, awak delete semua gambar saya dan tukar wallpaper hp awk” sebab aku buat begitu, biarlah segala perasaan yang ada pada kau, kau lupakan. Aku cuba lagak seperti biasa dan mampu ketawa macam kelakar persahabatan kami. Kau memberitahu akulah kawan masa kau susah hati, kawan untuk buat lawak bodoh, kawan untuk meluahkan sesuatu, gurau-gurau.
Aku tidak membalas pesanan ringkas itu. Aku berdiam seketika. Selepas itu kau menelefon aku, kau cuba jelaskan apa yang terjadi. Dan macam-macam soalan aku bertanya. Dan persoalan yang terlintas aku ni terjawab. Ini hanya apa yang aku rasa, kau bersikap begitu sebab ex kau datang kembali dan mengugut untuk membunuh diri sekiranya kau tidak menerimanya. Aku Cuma mampu tergelak. Dan alasan kukuh kau tidak membenarkan aku menghantar di wall kau kerana kau mahu melindungi aku dari diserang dari siapa yang ingin bermusuh dengan aku. Aku cukup terharu sekali. Dan kau mampu berkata buat masa ini macam ini cara kau bergini tidak mahu menerima siapa-siapa dalam hidup kau biar tuhan tunjukkan jalan kau yang benar. Aku terima sahaja. Dan aku mampu berkata ok. Aku suruh kau membuang gambar-gambar aku yang kau simpan dan menukar wallpaper hp tetapi kau tidak mahu dan alas an yang kau berikan pada aku “ saya tetap akan simpan gambar awak dan akan letak wallpaper hp saya gambar awak sebab saya suka tengok gambar awak. Aduhai. Aku pon membiarkan saja la asalkan kau gembira. Dan tiba-tiba kau berkata “ nanti bila-bila jumpa saya pulangkan cincin awak ataupun awak nnak biarkan je 2 sebagai kenangan” aku Cuma terdiam sebab kalau kau mahu tahu cincin itu aku sayang dan tidak pernah ada siapa-siapa menyarungnya kecuali kau. Taka pa aku biarkan saja. Dan tiba-tiba kau berkata lagi “ saya xkan terima dia dan dia hanya kawan saya, kalau ada jodoh dengan dia insyaAllah dan tiba-tiba kau selitkan dan kalau ada jodoh denagn awak pun insyaAllah” kau tediam dan aku terdiam. Dan dalam masa yang sama aku jujur dengan kau dan berkata “aku tidak biasa” maksud aku, sebab sebelum ini apa sahaja aku akan berpesanan ringkas dengan kau walaupun hanya say “morning”. Aku cakap dekat kau aku xmampu dan aku tidak biasa. Dan kau pun begitu kau berkata “ celik mata je mesti mahu mesej aku dan say morning” dan kau kot yang buat keputusan kita seperti biasa dan macam sebelum ni. Boleh berSMS seperti biasa.
Cuma saat ini aku sentiasa menjadi kawan terbaik untuk kau sampai bila-bila tidak kira susah atau senang. Dan apa yang berlaku antara kau dan aku ini, aku hanya mampu berkata biarlah ikhlas apa yang kau lakukan. Aku tidak tahu apa yang kau katakan itu benar atau salah tapi hanya Allah sahaja yang tahu. Macam aku juga hanya Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasakan saat ini dan sewaktu aku berkawan denagn kau. Biarlah aku menipu diri aku atau kau menipu diri kau sekali pun tetapi allah tau. Macam kau kata “ tuhan akan tunjukkan yang terbaik untuk saya”. Dan sampai bila-bila kau akan jadi kawan baik aku yang terbaik dan aku cukup bersyukur di beri peluang untuk berkawan dengan walaupun ia satu persahabatan yang tidak dirancang. :) :)







