Friday, April 29, 2011

untuk kau,,,,,

perasaanku kembali datang kepadamu,,,
setelah kau muncul di hadapanku,,
datang dan datang tanpa henti,,,
terus datang,,,
kau muncul dalam hati setelah sekian lama kau menghilangkan diri,,,
dulu,,
kau putuskan persahabatan antara kita dan lupakan segale kenangan,,
aku akui dan membawa diri aku jauh darimu,,

sukar aku memahami perasaan kau terhadapku,,,
kadang kala ada,,
dan kadang kala tiada,,
kau melafaskan sayang hanya dari kata-kata,,
merindui sering menghantui,,
adakah kau datang hanya untuk menguji,,
ataupun untuk menyakiti,,,

maafkan aku kerana terlanjur menyanyangi kau,,
maafkan aku kerana mengenali kau,,
dan maafkan aku atas segalanya,,

perempuan memang bergini

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

JANUARI

January



-Bercita-cita tinggi dan serius
-Mudah melihat kelemahan orang dan mudah mengkritik
-Rajin dan suka kepada kecantikan
-Pandai mengambil hati
-Pendiam dan agak pemalu
-Mudah mendisiplinkan diri dan Romantik
-Sayang kepada anak-anak dan suka duduk di rumah
-setia dan cemburu

Thursday, April 28, 2011

hanis nak kahwin


tut....tut...tut....
baru macam perasan tahun ni da masuk 20 tahun aku ni..da besar rupenya anak nor hidah + ahmad fauzi ni..
bila umur da menceceah 20 tahun ni hati ni tetiba macam nak kahwin..hahah...gatalnya la..
tapi yang menjadikan halnya..calon???sapa nak kahwin ngan aku...
tapi bila kahwin muda-muda macam xbest la lak..

sebab :

nanti bila nak keluar kene bawak anak..
nak pergi mana2 kene dukung anak..
nak melawa macam terbatas lak..

tapi kalo diberi peluang untuk kahwin muda aku nak sebuah perkahwinan yang cukup bermakna dalam hidup aku..sebab kahwin sekali seumur hidup..mestilah nak yang terbaik dari yang terbaik..

sebab aku untuk kahwin muda lak :

nak mempunyai suami yang dapat membimbing..
nak jadi ibu..
nak nikah dekat masjid..
majlis nikah yang simple tapi nampak lawa..
baju nikah yang lawa dan berwarna putih cream..
majlis bersanding aku teringin nak buat kat taman..
baju pengantin yang lawa dan mempunyai 3 o 4 persalinan..

argh macam-macam lagi la..tapi 2 semua atas rezeki dan jodoh aku..aku pon xtau jodoh aku dengan siapa..kita hanya merancang tetapi hanya Allah yang tentukan yang mana baik untuk kita..

tapi yang pastinya aku xnak kahwin dalam masa muda ni..aku nak capai dulu apa hajat aku yang tidak tercapai... itu semua hanyalah angan2 semata-mata dan bakal berlaku suatu hari nanti..InsyAllah....

ketika waktu

ini adalah hasil aku ketika da sampai tahap bosan sangat di office..ini koleksi Kawan aku maryam..hahah...saje gedik2..




Wednesday, April 27, 2011

tak paham bahasa

assalamualikum dan selamat tengah hari..

hari ini nak bercerita seorang hamba Allah yang xpaham bahasa..
mamat nie bf kepada kawan aku (kire akak gak la).. dalam ni aku mention die akak dan mamat jer la k..

aku hormat akak nie macam akak aku da..sebab dia baik sangat..masa aku sakit pon dia jaga aku..
so aku sayang la akak aku ni.. yang menjadikan masalahnya sekarang ni, mamat yang merangkap bf dia 2 macam b***... aku tau la ko kenal aku aku rapat dengan gf ko.. tapi kau xpayah la nak mengada2, mengatal dok anta kat comment di laman sosial (facebook) bersayang2 ngan aku.. geli seyh.. kalo aku cerita kat akak kang yang ko mengatal dok bersayang2 susa kang..bukan sekali 2 kau buat..banyak kali da..pantang ko tengok aku online ko pon mule la..perasaan miang 2 datang..
tak paham aku ngan orang macam ni...

mencintai seseorang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna

Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,

Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,

Itulah kesempatan

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatkan mu tertarik, Itu bukan pilihan

itu kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan ,

Itupun adalah kesempatan .

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,

Bahkan dengan segala kekurangannya,

Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi,

Itu adalah pilihan .

Adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih ramai orang lain

Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu Dan tetap memilih untuk mencintainya,

Itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpati, tertarik,

Datang sebagai kesempatan pada kita.

Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.

Pilihan yang kita lakukan.

Berbicara tentang pasangan jiwa,

Ada satu petikan dari filem yang Mungkin sangat tepat :

“Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita

bagaimana membuat semuanya berhasil”

Pasangan jiwa boleh benar-benar ada.

Dan sangat mungkin ada seseorang

Yang diciptakan hanya untukmu.

Tetapi tetap berpulang padamu

Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin

Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak,

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita,

Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita,

Kita ada di dunia bukan untuk mencari

seseorang yang sempurna untuk dicintai

TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna

dengan cara yang sempurna

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu akan bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

“Apabila kamu sekalian didatangi oleh seseorang yang warak dan akhlaknya kamu redhai maka kawinkanlah dia. Jika kamu sekalian tidak melaksanakannya maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan tersebarlah kerosakan.” (HR. At Tirmidzi)

Tuesday, April 26, 2011

dikala bosan


.
.
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.




dikala bosan sangat..ketika di office..heheheh

Saturday, April 23, 2011

bau - warkah

dalam video clip MTV lagu warkah dari kumpulan bau band nie aku berlakon..hehe..
agak kekok la lakonan aku dalam video clip nie.. sebab ni 1st time aku la katekan..
lagu ni best sangat la bagi aku..selamat la menonton ek..






dan kalau korang rasa mengedik boleh juga bukak kat youtube di LINK bawah nie....

http://www.youtube.com/watch?v=zb88lOq-l5E

selepsas menonton boleh la komen mengomen ek...

Wednesday, April 20, 2011

aku benci kau

sumpah aku kate, aku benci kau sangat. ape masalah kau nak suka kt bf aku? y bf aku pon sama je 2X5. gatal!!! 22 gatal. kau tipu aku, yang dia xmau cerita kat aku. macam2 kau da buat kat akukan. aku sabar lagi selama ni. bayak kali da. aku sayang, aku xkesah kau pijak kepala aku. kepada kau perempuan yang murah sangat, selalu keluar dengan lelaki, xkesah ker lelaki 2 bf orang ke semua kau nak bedal. kau tunggu la perempuan 1 hari jadi kat kau cam mana kau buat kat aku. baru kau tahu pe yang kau rasa.

Monday, April 18, 2011

koleksi di hari minggu



aksi2 yang berlaku tidak disengajakan..

aku rasa aku ayu saja..hahah

lebarnya muka aku..
da semakin gemuk da aku rasa...

Thursday, April 14, 2011

buruk perangai

hari ini hari yang membosankan. aku rasa samapi ke petang aku akan hadap ja pc kat office aku ni.
bosan.maa tolong bosan ni.

disini aku nak cerita pasal seseoarang ini.aku rasa teruk sangat perangai dia. sebenarnya aku memang tidak berkenan dengan perangai dia ni. kolot+macam budak2+memalukan=aku tidak suka.haha. bukan la tidak suka sangat, kawan 2 so suka la juga.

alkisah ni berlaku semalam di Pizza Hut Alamanda Putrajaya. aku, kawan aku dan lagi seorang hamba Allah. selepas masing-masing dalam kekeyangan sesudah memakan semua pizza, hamba Allah ni bergurau bagi resit dekat kawan aku ni. dengan tiba2 kawan aku ni terus buat muka. padahal hamba Allah ni cuma bergurau ja. minum2 dalam 10 minit dalam keadaan sepi tanpa bersuara. tiba-tiba kawan aku bangun dan terus ke kaunter g bayar.
ha sungguh tidak faham aku.

sampaikan yang hamba Allah 2 terkejut dan terpaku. ee buruk perangai, padahal hamba Allah 2 bergurau ja. orang pon pandai fikir la da mkn sama2 mesti la bayar pon sama-sama. xkan orang nak main lepas tangan ja. aku rasa sumpah lepas ni memang hamba Allah 2 xkan bawa kemana2 da.. kesian hamba Allah 2..

Monday, April 11, 2011

Resepi Vanilla cup cake

Resepi Vanilla cup cake

1 cawn butter
1 – 1 1/3 cawan gula
6 biji telur
3 cawan tepung
1 sd baking powder
1 susu kecil garam
1 cawan susu segar
1 sudu teh essen vanilla

Cara penyediaannya

Panaskan oven 170 c dan sediakan paper cup.
Pukul gula dgn butter hingga kembang
Masukkan telur satu per satu.
Masukkan tepung yang di ayak dengan serbuk penaik dan garam.
Masukkan adunan ke dalan cup cake dan bakar selama 18 – 20 minit.

Utk frosting

1 ½ cawan butter
¾ cawan susu segar/cair
½ sudu kecil garam
1 sudu vanilla
3 lb. gula icing ( 2.2 lb = 1 kg)

Caranya

Pukul semua bahan bermula dari kelajuan perlahan.
*Jika cuaca panas, tambahkan sedikit lagi icing sugar.
Hiaskan icing sugar mengikut kreativiti anda.


hahaha..mau test buat..

2 pon kalau jadi la...