Tuesday, September 20, 2011

apabila teringat

assalamualaikum..
2 3 hari ini cuaca agak mendung dan hujan je disekitar lembah kelang sama macam mood aku yang agak redup sayup, kadang kala menitiskan air mata seperti awan menurunkan air hujan.

aku rasakan hidup aku kosong macam tak ada apa-apa saja, syukur aku masih ada kawan-kawan yang faham akan aku yang sanggup susah payah dalam aku kesusahan mengalami kesulitan.

aku tidak gembira macam sebelum ini. mungkin kawan-kawan aku melihat aku tersenyum tetapi siapa yang tahu disebalik senyuman aku itu. dari satu masalah ke satu masalah yang datang menimpa.

bila aku sedih mla la fikiran aku merawang macam-macam yang aku fikirkan dari benda kecil hinggalah ke benda yang sangat besar dan sulit.


gambar diatas ini orang yang pernah aku sayang dan orang yang pernah menawan hati aku. Arwah Mohamad Alif bin Azarai. arwah pergi tinggalkan aku hampir 3 tahun da. setiap kali aku sedih benda pertama yang aku akan fikirkan Arwah. sebab setiap kali bila aku menangis dia akan pujuk aku. walaupun bukan salah dia, dia akan menyalahkan dirinya.

gambar tu lah kali terakhir aku jumpa Arwah sebelum Arwah pergi tinggalkan aku buat selamanya. kalau Arwah ada lagi dekat dunia ni petama sekali aku nak bagi tahu aku SAYANG SANGAT KAT DIA. kenapa lah sekejap sangat kau diberi pinjam pada aku. tapi aku cukup bersyukur sebab kau insan terbaik yang pernah aku kenali dan sanggup menerima aku.

semoga rohnya dicucuri rahmat......

Merdeka

salam 1 Malaysia dan selamat hari kemerdekaan. agak lambat sikit aku nak tunjuk beberapa gambar yang aku sempat snap pada hari 1 Malaysia y berlangsung di Dataran Merdeka. ini adalah hasil aku yang gila-gila time 2. pantang nmpak orang aku dengan selambanya, " ABG SY NAK SNAP PIC SAMA" hahah.. padahal xla pemesh mana org 2.. pada hari 2 aku menebalkan muka aku nie. hahah.. kelaka..

inilah antara koleksi yang aku dah tapis :


pinjam kejap mende 2


sama ganas xsaya


jalan ini aku yang kongka


sayalah ultragirlz..hahahah

Sunday, September 4, 2011

jasad di orang lain, hati diorang lain





assalamualaikum.

hari ini aku merajinkan jari jemariku untuk menaip dan mengupdate blog aku ni. harap maklum da masuk semester baru ni aku agak malas untuk menaip dan berhari raya bersama keluarga tercinta di kampung halaman. pic raya?? oooo sila la ye tengok di pezbuuk saya.. tapi xbanyak pon sebab kawan saya kata jangan letak picture banyak2..hehehe so saya letak lah apa yang patot seperti ini......


lawakan saya


tapi bukan topik raya yang nak di bincangkan. aku ada terbaca satu ni dan topik yang nak di bincangkan ni ' JASAD DI ORANG LAIN DAN HATI DIORANG LAIN'.
kenapa boleh jadi macam tu ek. sedangkan bercinta bagai nak rak dengan orang lain tapi hati ade dekat orang lain. mungkin orang yang dicintai itu selalu membuat si gadis sakit hati, marah dan macam2 lagi selepas tu sigadis pon dalam diam menaruh hati kepada orang lain tanpa pengetahuan sesiapa mahupun pada yang di taruh hati. benda ni jadi dalam diam supaya tiada siapa yang akan tahu. mungkin semua yang terjadi ade hikmah disebaliknya. kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan. kepada sesiapa yang terjadi seperti diatas ini, berdoalah dan minta petunjuk dari-Nya...